6 April 2017 - 19:26
Pengganas Berperang Demi Kepentingan Israel Dan Sekutunya: Presiden Assad

Presiden Syria, Bashar al-Assad berkata bahawa aktiviti militan yang menghantui negaranya bertujuan untuk melindungi kepentingan bersama Israel dan sekutunya. Beliau turut menegaskan bahawa satu-satunya pilihan yang tersisa untuk menyelamatkan negaranya adalah "kemenangan" ke atas para pengganas yang ditaja oleh kuasa-kuasa asing.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Syria, Bashar al-Assad berkata bahawa aktiviti militan yang menghantui negaranya bertujuan untuk melindungi kepentingan bersama Israel dan sekutunya. Beliau turut menegaskan bahawa satu-satunya pilihan yang tersisa untuk menyelamatkan negaranya adalah "kemenangan" ke atas para pengganas yang ditaja oleh kuasa-kuasa asing.

"Kamu boleh menganggap dalam apa jua keadaan bahawa para pengganas ini berjuang untuk Israel. Sekalipun jika mereka bukan sebahagian daripada anggota tentera Israel itu sendiri, mereka berjuang untuk Israel. Israel pula memiliki objektif yang sama dengan Turki, Amerika Syarikat, Perancis, Britain, Arab Saudi, Qatar dan beberapa buah negara lain. Mereka semuanya berkongsi matlamat yang sama," kata Assad di dalam sebuah temu ramah dengan media Croatia.

"Israel melakukan yang terbaik untuk membantu para pengganas ini (khususnya) di kawasan yang mana tentera Syria melakukan kemaraan. Mereka menyerang dengan apa cara sekalipun dalam rangka menghentikan momentum Tentera Arab Syria," tambah beliau.

Assad turut menyerlahkan keyakinan beliau bahawa "tanpa bantuan Barat", Damsyik mampu menamatkan peperangan di dalam beberapa bulan sahaja.

"Situasi semakin bertambah baik. Akan tetapi tidak mengikut kepentingan para pengganas. Situasi semakin pulih untuk warga Syria, namu perang sukar diramal," katanya lagi.

/315